Alhamdulillah, kami ingin memberitahu bahawa ibadah Qurban / Aqiqah 2020 telah selamat dilaksanakan pada Hari Raya Qurban yang lalu. Kami berdoa semoga Allah swt menerima ibadah Qurban / Aqiqah yang dilaksanakan. Ameen.

Setiap peserta akan menerima surat penghargaan yang bakal kami kirimkan melalui pos ke alamat yang tertera ketika pendaftaran. Kami sedang dalam proses printing surat-surat penghargaan tersebut dan para Jemaah akan menerimanya masa beberapa minggu akan datang, sebelum akhir September 2020 insya Allah.

Selain daripada itu, kami juga sedang memasukkan video-video dan gambar-gambar ibadah Qurban ke YouTube dan FB kami. Para jemaah digalakkan mengikuti perkembangan di YouTube Channel Al-Qiblah International dan juga FaceBook Page kami.

Wassalam
Ustaz Azmi Abdul Samad